Bila cakap pasal hantu, ramai yang tak percaya. Tahyul la khurafat la, macam macam! Tapi bagi Luna, Luna percaya dengan kewujudan makhluk Allah yang menakutkan ni sebab Luna sendiri pernah mengalaminya. Betul! Sejak kecik lagi Luna dah dengar macam macam cerita. Memanglah ada yang betul dan ada yang tidak, tetapi bila Luna sendiri merasakannya, Luna tahu makhluk Allah ini wujud!
Hantu itu adalah syaitan. Perkataan “hantu” itu direka oleh orang orang Melayu kita, tapi asal hantu itu adalah daripada syaitan. Kalau ada yang tidak percaya wujudnya hantu, itu bermakna dia tidak percaya dengan kewujudan syaitan! Korang pun tahu kan ada macam macam jenis hantu. Hantu itu, hantu ini lah. Luna tak nak tulis jenis jenis hantu tu sebab Luna ni penakut! Hehe. Nanti ada yang tak tidur malam pulak.
Waktu Luna masih bayi, mengikut apa yang mak Luna cerita la, rumah kami dulu papan biasa je, dalam awal tahun 90an macam tu kan. Tempatnya tidak tersorok tetapi agak sunyi. Bila abah kerja malam, mak Luna selalu ditinggalkan berdua dengan Luna yang masih bayi. Bila tengah tengah malam tu mak selalu dengar bunyi sesuatu sedang cakar dinding luar rumah…aiyooo..seram suda!
Zaman kanak kanak Luna pulak, pun berlambak lambak pasal cerita hantu ni. Hahaha!
Ringkasan serba sedikit pengalaman Luna :-

- Waktu nak tidur, selalu tersengar bunyi sesuatu cakar kat bawah bantal. Luna punya nak fikir positif, sedapkan hati dengan mengatakan anak kucing yang sedang main kat bawah katil. Padahal, masa tu memang takde anak kucing pun!
- Pernah semasa mandi dalam bilik air, pintu bilik air kena ketuk bertalu talu. Kat luar ada suara adik Luna sedang ketawa. Luna jerit kata tunggu sekejap tapi dia masih lagi ketuk pintu bilik air tu bertalu talu. Dengan bengangnya Luna bukak pintu tu, jeng jeng jeng!!! Taraaaa! Takde sesiapa pun kat luar bilik air. Dapur sunyi sepi. Adik adik semua tengah tengok tv kat depan!
- Selalu terdengar bunyi tapak kaki manusia(yeke?) bila waktu dalam pukul 2 ke 3 pagi macam tu dekat lorong kecil yang memisahkan rumah Luna dan jiran. Naik bulu roma aku!
- Dalam pukul 2 ke 3 pagi tu jugak, selalu terdengar bunyi ada orang dalam bilik air. Luna yang baru hendak lelap masa tu terjaga balik. Masa tu semua orang dah tidur. Luna terjenguk jenguk jugak nak tengok siapa yang dalam bilik air itu. Tapi….
- Lampu bilik air terbukak sendiri. Bila tanya adik adik, diorang jawab dah tutup tadi. Erm…
- Pernah nampak mak dan adik lalu tetapi hanya bayangan. Tak sampai sesaat lepas tu, mak tiba tiba muncul dari belakang!
* Banyak lagi, tapi Luna rasa cukuplah takat ni ye..Hehe dah naik seram da ni bila ingat balik.
Tak percaya? Karut? Lantaklah apa orang nak kata. Bagi Luna kalau korang dah rasa sendiri baru korang tahu. Ingat, mulut jangan cabul dan cakap besar ye. Hehehe
-Salam sweet dari Luna